Skip to main content

Sebelum bermulanya Disney+, Netflix penuh dengan dengan siri-siri TV Marvel asli. Setiap siri ini dikatakan berkaitan dengan MCU, dengan petanda-petanda seperti lokasi, watak, berita terkini di dunia siri TV ini dan banyak lagi. Tetapi, Disney dan Marvel Studios seakan tidak hairan dengan siri TV ini. Kemudian, dengan mengejut Netflix menghentikan siri TV ini.

Terkini, kontrak pegangan IP Marvel ini sudah tamat dari Netflix dan Disney sudah boleh menggunakan watak-watak dalam siri TV ini seperti Jessica Jones, Dardevil, Luke Cage, dan Iron Fist. Orang ramai inginkan semua pelakon asal kembali jika Diseny ingin kembali dengan siri TV ini. Terkini, Kevin Feigi telah menyatakan dengan Disney+ semuanya tidak mustahil. Beliau dilihat seakan berminat untuk kembalikan siri TV ini di dalam Disney+.

Walau bagaimanapun, jelas sekali Disney dan Marvel sibuk dengan siri TV serta filem baharu yang akan disiaiarkan di Disney+ dan ditayangkan tidak lama lagi. Jadi tidak pasti bilakah mereka akan kembalikan siri-siri adiwira hebat ini. Dalam laporan dari CBR, Krysten Ritter iaitu pelakon Jessica Jones dilaporkan akan kembali memainkan watak beliau dalam siri TV She-Hulk. Ini masuk akal kerana, She-Hulk adalah siri TV komedi firma guaman. Jessica Jones pula adalah penyiasat peribadi dan watak beliau sangat sesuai dalam siri TV seperti ini.

Tidak lupa juga yang Charlie Cox memainkan watak Daredevil, merupakan seorang peguam adiwira yang buta. She-Hulk juga begitu, Jennifer Walters adalah peguam adiwira. Kevin Feigi sendiri pernah sebut, jangan terkejut jika ada banyak adiwira muncul dalam siri TV She-Hulk. Charlie Cox adalah pelakon Dardevil yang diminati ramai. Ramai juga ingin Disney kembalikan watak ini dan dimainkan oleh pelakon sama. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply