Tema filem Thor mula berubah dalam filem ketiga, Thor: Ragnarok. Ini kerana Taika Waititi adalah pengarah. Beliau memasukkan elemen komedi yang lai daripada lain. Watak Thor yang gagah perkasa berubah menjadi dungu dan lucu.

Filem Thor keempat, iaitu Thor: Love And Thuder akan menjadikan watak Jane sebagai Thor baharu. Ia juga dilaporkan yang tukul Mjolnir akan kembali. Berita paling menarik adalah, Christian Bale iaitu Bruce Wayne/Batman dalam francais filem Dark Knight arahan Chrisopher Nolan disahkan akan menjadi penjahat Gorr dalam filem Thor 4 ini. Berita ini diumumkan secara rasmi semasa hari pelabur Disney.

Daily Mail melaporkan yang bukan seorang sahaja pelakon ternama akan menyertai filem Thor 4 ini, tetapi Matt Damon turut dilaporkan akan terlibat dalam filem ini. Bagi yang tidak tahu, Matt Damon pernah memasuki filem MCU. Beliau memainkan watak rakyat Asgardian semasa Loki menyamar menjadi Odin. Matt Damon berlakon sebagai orang yang berlakon menjadi Loki.

Tidak jelas sama ada adakah Matt Damon akan memainkan watak apa dan adakah watak penting atau sekadar penampilan khas seperti sebelum ini. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini