Portkey Games melalui ciapan di Twitter mengumumkan yang permainan dunia terbuka berdasarkan dunia Harry potter iaitu Hogwarts Legacy telah ditunda ke tahun 2022. Ia sebelum ini diumumkan akan tiba sekitar tahun ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.
Mereka sekadar mengatakan yang untuk menghasilkan permainan yang mereka sasarkan, ia memerlukan lebih masa. Selain daripada itu, mereka juga berterima kasih dengan sambutan oleh pemain semasa permainan tersebut pertama kali diumumkan.
Buat masa ini mereka tidak mengatakan yang jika permainan tersebut tidak akan dikeluarkan di konsol generasi lepas walaupun ia telah ditunda ke tahun hadapan. Hogwarts Legacy sedang dibangunkan oleh Avalanche Studios dan akan diterbitkan oleh Warner Bros.