Nampaknya, masih lama lagi untuk kita semua dapat menonton filem James Bond baharu – No Time To Die. Filem ini sudah ditunda beberapa kali dan kali terakhir kedengaran adalah tarikh tayangan pada April 2021. Kini disebabkan gelombang baru Covid-19 di Amerika Syarikat dan UK, filem ini dikatakan akan ditunda sekali lagi, tetapi masih tiada tarikh.

Informasi ini diperoleh dari Deadline, yang menyatakan mungkin filem ini akan ditayangkan pada bulan November. Filem ini tidak memasuki mana-mana platform penstriman, kerana MGM menawarkan harga yang tidak masuk akal. Filem ini akan menjadi filem terakhir Daniel Craig sebagai James Bond dan banyak pula halangan untuk ditayangkan.

Filem ini turut menyertakan Rami Malek sebagai musuh dan beberapa lagi watak Jamws Bond yang peminat pasti kenal dan teruja untuk lihat mereka beraksi dalam filem ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini