Akhirnya, selepas sekian lama menantikan video acah Snowpiercer musim kedua – TNT telah menerbit video acahnya di YouTube. Ia mempertontonkan dengan lebih jelas perwatakan Sean Bean sebagai Mr. Wilford.

Video acah ini bermula dengan peringatan, bagaimana musim pertama berakhir. Gerabak keretan api Mr. Wilford tiba untuk merampas gerabak yang Melanie Cavill kendali sebelum ini. Sudah semestinya Andre Layton tidak ingin mengalah dan bersama-sama dengan Tailies, akan cuba menentang Mr. Wilford yang jelas sekali kejam.

Melanie juga akan mempunyai halangan dengan anak beliau, yang mana berkemungkinan besar telah disuap dengan tipu daya Mr. Wilford. Siri TV ini dijadualkan untuk siaran pada 25 Januari. Tetapi itu adalah di Amerika Syarikat di TNT, untuk siaran global – siri TV ini boleh distrim di Netflix pada 26 Januari.

Sohor Kini