Skip to main content

Roku telah mengumumkan secara rasmi yang mereka telah mencapai persetujuan dengan Quibi untuk mengambil-alih kesemua kandungan mereka. Melaluinya, Roku kini akan menjadi platform eksklusif untuk 75 kandungan Quibi, di mana ia akan ditawarkan kepada semua pengguna Roku secara percuma (dengan iklan).

Perkembangan ini mengesahkan laporan kami sebelum ini yang mengatakan Roku berminat untuk mendapatkan kandungan Quibi selepas platform tersebut ditamatkan kerana kurang mendapat sambutan. Kandungan Quibi adalah unik kerana mereka memfokuskan kepada tontonan secara menegak.

Roku dan Quibi tidak mengumumkan secara rasmi mengenai nilai pengambil-alihan ini akan tetapi berdasarkan laporan oleh Deadline, ia adalah kurang daripada $100 juta. Jauh lebih rendah berbanding nilai Quibi sebelum ini yang mencecah hampir $1.75 bilion.

Leave a Reply