Quibi adalah platform penstriman video yang gagal. Dilancarkan pada April tahun lepas dan tamat pada Oktober. Platform Quibi adalah seakan Apple TV+, yang mana semuanya adalah kandungan asli. Keunikan Quibi ini adalah ia memfokuskan kepada penstriman secara menegak berbanding kebanyakan platform melintang. Quibi menggunakan banyak kaedah rakaman, suntingan dan pembangunan perisian agar pengalaman menonton secara menegak atau melintang memberi pengalaman yang baik.

Sayang sekali, sambutan tidak menarik. Sehari selepas aplikasi untuk Apple TV, Android TV dan banyak lagi diperkenalkan – platform ini tamat. Ini menimbulkan persoalan, apakah yang akan terjadi kepada kandungan seperti siri TV, filem dan rancangan lain dalam Quibi? Di manakah penonton boleh saksikan rancangan-rancangan ini? Mungkin di masa hadapan, ia boleh distrim melalui platform Roku. Ini kerana Quibi dilaporkan ingin menjual kandungan mereka kepada Roku.

Tiada sebarang informasi mengenai harga yang dipinta, tetapi dengan menjual kandungan ini – Quibi boleh menjana sedikit pendapatan untuk pulangkan wang kepada pelabur. Facebook dan NBCUniversal telah menolak untuk membeli kandungan dari Quibi sebelum ini, adalah Roku berminat? Sama-sama kita nantikan.

Dilaporkan di Amanz terlebih dahulu.

Sohor Kini