Bersama dengan pengumuman video acah pertama untuk permainan The King Of Fighters XV, SNK hari ini juga mengumumkan watak DLC musim ketiga untuk permainan Samurai Showdown di mana ia akan tiba sekitar pertengahan bulan Mac ini.

Watak yang diumumkan adalah Cham Cham dan Hibiki Takane bersama dua lagi watak rahsia. Cham Cham merupakan watak yang mula diperkenalkan ketika Samurai Shodown II beberapa tahun lepas manakala Hibiki Takane pula adalah watak daripada permainan The Last Blade.

Samurai Shodown sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Switch, Xbox One dan juga PC melalui Epic Games Store.

Sohor Kini