Konsol Sony PlayStation 5 dilancarkan di Malaysia pada awal Disember tahun lalu, dimana hanya sejumlah kecil orang yang bernasib baik sempat menempahnya melalui Sony Malaysia ataupun kedai-kedai permainan video tempatan.

Hari ini, Sony Malaysia mengesahkan bahawa mereka akan membuka pusingan kedua pra-tempahan konsol terkini mereka pada 8 Januari esok melalui kedai-kedai Sony Store mereka di KLCC dan juga The Curve.

PS5 Second Preorder

Tanda harga untuk kedua-dua konsol ini juga tidak berubah, dimana PlayStation 5 akan dijual pada harga RM2299 dan PlayStation 5 versi Digital pada harga RM1869.

Selain daripada itu, setiap pelanggan juga hanya dibenarkan untuk menempah satu konsol dan satu aksesori dalam setiap tempahan. Buat masa ini ia masih tidak diketahui bilakah ia akan sedia diambil oleh pelanggan,

Sohor Kini