Skip to main content

Sitkom The Office yang popular yang mana diadaptasi dari sitkom yang sama daripada stesen televisyen di United Kingdom. Pada awal disiarkan, ia mengikut secara terus dari sitkom asal. Selepas menerima kecaman, skrip diubah semula dan ia menjadi sitkom yang popular. Siri TV ini disiarkan dari tahun 2005 sehingga 2013.

Siri TV The Office menjadi lebih popular apabila Netflix menyiarkannya di platform mereka. Siri TV ini dihasilkan oleh Gred Daniels yang pada ketika itu baru sahaja meninggalkan rancangan Parks and Recreation. Pelakon utama sitkom ini adalah Steve Carell yang memainkan watak Michael Scott.

Selepas sitkom ini tamat, Greg Daniels hadir dengan siri TV komedi Upload lakonan Robbie Amell dan kembali berganding bahu dengan Steve Carell untuk siri TV Space Force. Bila ditanya mengenai olahan semula The Office atau kesinambungan mengenai rancangan ini – beliau katakan ia tidak mustahil dan sangat berminat untuk turut terlibat dengan projek ini. Para pelakon The Office turut menyatakan yang mereka berminat untuk kembali. Tetapi Steve Carell pernah katakan yang beliau tidak mahu memainkan lagi watak Michael Scott.

Lagipun Greg Daniels turut sibuk dengan musim kedua Upload dan Space Force, jadi tiada perancangan mengenai projek baharu The Office. Dalam banyak-banyak sitkom popular seperti Friends atau The Fresh Prince of Bel-Air sudah pun mempunyai perjumpaan semula antara pelakon dalam satu rancangan khas. The Office sahaja belum lagi. Adakah anda ingin saksikan olahan semula The Office atau sekadar rancangan perjumpaan semula sahaja?

Leave a Reply