Taika Waititi akan hadir dengan siri TV komedi di HBO Max memfokuskan lanun. Siri TV ini berjudul Our Flag Means Death dan Rhys Darby (pelakon Nigel dalam Jumanji) akan menjadi pelakon utama siri TV ini.

 David Jenkins, Garrett Basch, dan Dan Halsted adalah penulis siri TV ini. Taika Waititi akan menjadi penerbit eksekutif dan mengarah episod pertama, manakala ketiga-tiga penulis ini pula turut akan menjadi penerbit eksekutif.

Siri TV ini berlaku di tahun 1717, di mana Bonnet adalah seorang pemilik tanah yang kaya berubah menjadi lanun. Bonnet kemudian beli kapal dan mengupah beberapa kru dan membuat kecoh. Tiada tarikh siaran atau butiran lanjut mengenai senarai pelakon dan lain-lain lagi.

Taika Waititi telah pun mengarah filem komedi Jojo Rabbit, satu episod The Mandalorian juga diarah oleh beliau dan kita sendiri telah lihat bagaimana lawaknya filem Thor: Ragnarok. Harapnya siri TV ini boleh ditonton oleh pengguna di Malaysia kelak.

Sohor Kini