GSC Game World, pembangun disebalik permainan STALKER: Shadow of Chernobyl dan Call of Pripyat baru-baru ini telah melancarkan sebuah video acah baru untuk permainan akan datang mereka, iaitu STALKER 2.

Video acah ini memperlihatkan kemajuan teknologi enjin grafik Unreal 4 yang digunakan oleh mereka, dimana mereka menggunakan cahaya dan bayang-bayang yang realistik dan juga sedikit butiran mengenai watak yang akan dimainkan.

STALKER 2 masih lagi akan dilancarkan pada tahun 2021 tanpa tarikh yang kukuh, dan ia disahkan akan tiba untuk platform PC dan juga Xbox Series X dan Series S sahaja.

Sohor Kini