Acara jualan musim sejuk di Steam sudahpun bermula sehingga 5 Januari 2021 kelak. Sewaktu jualan ini, Steam akan memperkenalkan beratus-ratus permainan pada diskaun yang agak besar, dimana ia sukar untuk anda membuat pilihan tentang permainan apakah yang berbaloi dibeli.

Ciri ini, yang dinamakan Faceted Browsing membolehkan pengguna untuk melayari tajuk-tajuk permainan yang mempunyai diskaun besar berdasarkan genre dan tema permainan yang diingini.

Menurut Steam, ciri ini akan memudahkan lagi pengguna untuk melayari diskaun-diskaun berdasarkan tema permainan, dengan mengurangkan kehadiran jenis permainan yang tidak begitu diminati.

Steam mengatakan juga bahawa oleh kerana ini masih lagi sebuah ciri eksperimentasi, dan tidak semua tajuk permainan dengan diskaun akan diperlihatkan, dan permainan yang lebih popular biasanya akan diketengahkan.

Untuk mengakses ciri ini, anda hanya perlu ke tab Steam Labs, dan klik pilihan Try The Sale Exploration Experiment.

Sohor Kini