Alice In Borderland adalah siri TV aksi nyata yang diadaptasi dari manga popular di Jepun. Siri TV ini meraih populariti yang sangat hebat sehingga ia berada di senarai Top 10 Netflix di 40 negara. Siri TV mengisahkan individu yang terpilih dimasukkan ke dalam dunia permainan. Setiap permainan adalah ganas, ngeri, kejam, bermain dengan hati dan siapa yang mati akan benar-benar mati.

Siri TV ini disiarkan di Netflix pada 10 Disember lepas dan mempunyai lapan episod sahaja. Musim kedua untuk siri ini sudah pun disahkan. Tetapi masih tiada butiran seperti sinopsis dan tarikh siaran. Siri TV ini membawakan pelakon seperti Kento Yamakazi dan Tao Tsuchiya. Alice In Borderland versi aksi nyata ini kononnya berlaku di bandar Shibuya, Jepun.

Siri TV ini turut melibatkan studio yang terlibat dengan filem Life of Pie untuk menjayakan adegan yang mempunyai harimau. Selain itu, studio-studio dari Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan India turut terlibat bagi menjayakan siri TV ini. Jika anda berminat dengan siri TV ini, sama-sama kita nantikan musim kedua tiba di masa akan datang.

Sohor Kini