Batman v Superman: Dawn of Justice adalah satu-satunya filem DCEU yang memfokuskan kepada watak Batman. Filem ini turut menerima kritikan, seperti adegan pertempuran Batman vs Superman terhenti apabila mengetahui nama ibu masing-masing adalah “Martha”. Jalan cerita yang tidak begitu menarik serta penyampaian yang tidak begitu memuaskan.

Wayang biasa vs IMAX

Tetapi versi potongan pengarah filem ini dilihat menerima maklum balas yang baik kerana beberapa adegan yang tidak dipotong diperlihatkan dan menjadikan filem ini sedikit lebih menarik. Filem ini turut sedang dibaik pulih oleh Zack Snyder untuk disiarkan (mungkin) dalam nisbah IMAX. Zack baru-baru ini ada terbit klip pendek memperlihatkan bagaimana visual pemandangan nisbah IMAX yang mempunyai lebih banyak butiran.

Versi wayang biasa adalah memanjang, versi IMAX adalah sekitar segi empat, menegak dan seakan 1:1. Kamera lebih ke belakang agar butiran lebih banyak kelihatan dan visual lebih banyak dalam satu rangka. Tidak pasti lagi sama ada filem ini akan disiarkan bersama-sama dengan Justice League Snyder’s Cut atau akan disiarkan kemudian atau juga adalah versi khas Blu-Ray. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini