Jika anda sudah jemu dengan permainan pengembaraan yang penuh dengan aksi yang keterlaluan, minggu ini Noodle Cake Studios mengumumkan satu permainan yang agak berbeza berbanding permainan lain di mana ia memfokuskan anda untuk ‘mengintip’ tupai.

Nuts memfokuskan pemain untuk bermain sebagai seorang pengkaji lapangan di mana pemain akan diberi pelbagia kelengkapan dan perlu mengawas hutan Melmoth untuk menyiasat aktiviti tupai. Melaluinya, pemain perlu meletakkan kamera, pengesan pergerakan ataupun kamera haba dan mengkaji pergerakan tupai tersebut disamping menyelesaikan ‘misteri’ kenapa tupai bersifat demikian.

Menurut Noodlecake Studios, permainan ini akan tiba di Apple Arcade melalui peranti iOS. Meskipun begitu, ia juga tersenarai di Steam dan akan tiba sekitar tahun hadapan.

Sohor Kini