Skip to main content

Salah satu daripada ciri terbesar pada konsol PlayStation 5 ialah kebolehannya untuk memainkan kembali permainan-permainan konsol PlayStation 4.

Beberapa permainan popular PlayStation 4 akan menerima kemaskini versi PlayStation 5 secara percuma, tetapi terdapat isu bahawa pengguna tidak mengetahui permainan apakah yang akan dimain pada versi PlayStation 5 ataupun PlayStation 4.

Kemaskini PlayStation 5 terbaru kini memperkenalkan ciri baru dimana apabila anda bermain sebuah permainan PlayStation 4 yang mempunyai kemas konsol terbaru, ia akan menanyakan anda jika anda ingin bermain permainan versi PlayStation 5 ataupun PlayStation 4 apabila permainan itu baru dimulakan.

Ia dilaporkan bahawa ciri ini hanya akan ditunjuk untuk permainan yang mempunyai kemaskini daripada PlayStation 4 ke PlayStation 5 seperti Assassin’s Creed: Valhalla, Destiny 2 ataupun Spider-Man Miles Morales.

Kemaskini tersebut sudahpun boleh dimuat-turun bermula hari ini.

Leave a Reply