Bersempena dengan perayaan Krismas dan penghujung tahun, Capcom hari ini mengumumkan jualan promosi khas di PlayStation Store dan Steam di mana anda boleh dapatkan pelbagai permainan keluaran mereka dengan tawaran diskaun sehingga 80%.

Menurut Capcom, tawaran ini akan bermula hari ini sehingga 6 Januari untuk Steam. Manakala di PlayStation Store pula, ia ditawarkan sehingga 8 Januari 2021. Berikut adalah senarai beberapa permainan yang ditawarkan di Steam:

  • Monster Hunter World: Iceborne – RM132.44 RM88.44
  • Monster Hunter World: – RM98.00 RM64.88
  • Resident Evil 2 – RM89.00 RM35.60
  • Resident Evil VII Biohazard – RM69.00 RM22.77
  • Devil May Cry 5 Deluxe Edition– RM124.00 RM62.36

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan permainan-permainan keluaran Capcom yang ditawarkan dengan harga diskaun tersebut, anda boleh ke pautan di bawah untuk melihat senarai penuh permainan yang ditawarkan.

Layari: Capcom Holiday Sale

Sohor Kini