Riot Games mempunyai pelan-pelan besar untuk mengembangkan sayap permainannya seperti League of Legends dan Valorant. Terkini, nampaknya mereka akan cuba untuk memasuki pasaran MMORPG pula.

Greg Street, timbalan presiden IP di Riot Games hari ini mengesahkan bahawa mereka sedang mencari orang untuk membina sebuah permainan MMORPG berdasarkan jalan cerita dunia League of Legends.

Buat masa ini, tiada butiran lanjut mengenai permainan tersebut, kecuali bahawa Riot kini sedang mengambil pekerja baru untuk membangunkan permainan tersebut.

Ini cukup menarik kerana jalan cerita League of Legends sebelum ini hanya dikembangkan melalui novel dan siri animasi pendek. Dengan sebuah permainan MMORPG, kita mungkin akan dapat melihat jalan cerita menarik disebalik dunia dan watak-watak permainan ini.

Sohor Kini