Sebelum ini, kami telah melaporkan bahawa perkhidmatan langganan permainan Electronic Arts, EA Play akan disertakan bersama-sama dengan langganan Xbox Game Pass Ultimate dan Xbox Game Pass for PC pada bulan lalu.

Sayangnya, ia masih belum tiba untuk Game Pass for PC, dan Microsoft telahpun mengeluarkan sebuah pengumuman mengenai isu ini, dan mengatakan bahawa gabungan perkhidmatan langganan tersebut akan ditunda ke tahun 2021.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Microsoft, kedua-dua syarikat ini masih lagi sedang membincangkan langkah terbaik untuk memperkenalkan langganan tersebut kepada pengguna Xbox Game Pass, dan ia akan diperkenalkan apabila ia mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.

Langganan EA Play akan tiba untuk langganan Xbox Game Pass for PC pada 2021, dengan tarikh yang akan diumumkan kelak.

Sohor Kini