Skip to main content

Minggu ini adalah satu minggu yang penting untuk Xbox dengan Xbox Series dilancarkan secara rasmi pada hari ini. Bersama dengan pelancaran konsol tersebut, mereka juga telah menyertakan beberapa penambahan untuk Xbox Game Pass.

Satu perkara utama yang akan menyertai Xbox Game Pass adalah EA Play iaitu perkhidmatan langganan untuk permainan EA di mana ia akan disertakan pada 10 November untuk konsol. Bersama dengannya, ia akan menyertakan 60 permainan tambahan seperti FIFA 20, Titanfall 2, Need for Speed Heat, siri permainan Mass Effect dan pelbagai lagi.

Selain itu, berikut adalah permainan lain yang disertakan;

  • Gears Tactics (Xbox, xCloud) – 9 November
  • Destiny 2: Beyond Light (Xbox, xCloud) – 10 November
  • Planet Coaster: Console Edition (Xbox, xCloud) – 10 November
  • Tetris Effect: Connected (Xbox, PC) – 10 November
  • Final Fantasy VIII Remastered (Xbox, PC) – 12 November
  • Street of Rogue (PC) – 12 November
  • Ark: Survival Evolved: Explorer’s Edition (Xbox, xCloud, PC) – 17 November
  • Halo MCC: Halo 4 (PC) – 17 November
  • River City Girls (Xbox, xCloud, PC) – 19 November
  • Star Renegades (Xbox, xCloud) – 19 November

Mereka juga menawarkan langganan Disney+ untuk sebulan. Manakala berikut adalah senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 16 November ini;

  • Darksiders III
  • Munchkin
  • The Talos Principle
  • Tracks: The Train Set Game

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Leave a Reply