Among Us Dilancarkan Di Konsol Switch – Berharga RM20

Ketika acara penstriman Indie World hari ini, Nintendo dan Innersloth mengumumkan permainan Among Us kini akhirnya dilancarkan secara rasmi di konsol Switch. Permainan tersebut boleh dibeli melalui Nintendo eShop dengan harga hanya $5(~RM20) sahaja.

Berdasarkan kenyataan rasmi permainan tersebut, Among Us di konsol Switch boleh dimainkan secara empat hingga 10 pemain sama ada secara atas-talian ataupun secara setempat.

Seperti anda sedia maklum, Among Us merupakan permainan simulasi sosial yang mana ia menempatkan lebih dari empat pemain di dalam satu lokasi yang luas di mana pemain perlu menyelesaikan tugasan yang di beri dan pada masa yang sama mencari pengkhianat di kalangan pemain. Manakala pemain yang menjadi pengkhianat ataupun “Impostor” perlu membunuh pemain-pemain lain untuk memenanginya.

Among Us sebelum ini dilancarkan di peranti iOS dan Android dan kemudian di PC melalui Steam beberapa tahun lepas dan menariknya, tahun ini di acara The Game Awards 2020, Among Us memenangi permainan multi-pemain dan mudah-alih terbaik.

Sohor Kini