Skip to main content

Granblue Fantasy ialah sebuah permainan RPG pelayar web yang sangat popular dimainkan oleh peminat-peminat tegar di Jepun dan secara antarabangsa.

Cygames, pembangun permainan tersebut baru-baru ini telah mengadakan acara Granblue Fantasy FES pada hujung minggu lepas yang memperlihatkan pelan syarikat tersebut mengenai Granblue Fantasy dan juga Granblue Fantasy: Versus pada tahun 2021.

Menariknya, Cygames juga telah memperlihatkan corak permainan Granblue Fantasy: Relink yang terbaru sepanjang 20 minit.

Diperkenalkan beberapa tahun lepas, Granblue Fantasy: Relink pada awalnya diperkenalkan sebagai sebuah permainan RPG untuk konsol PlayStation 4 yang sepatutnya dibangunkan bersama-sama dengan Platinum Games, tetapi diambil-alih sepenuhnya oleh Cygames.

Demo permainan yang diperlihatkan ini menunjukkan dua watak utama permainan Granblue Fantasy, iaitu Gran (watak lelaki) dan Djeeta (watak perempuan) didalam sebuah permainan RPG aksi dimana watak-watak yang dimainkan mempunyai gaya berlawan mereka sendiri.

Cygames turut mengesahkan bahawa Granblue Fantasy: Relink ini mempunyai mod multi-pemain seramai empat orang yang boleh dimainkan untuk tujuan menentang bos-bos yang sukar jika diingini.

Granblue Fantasy: Relink dijangka akan tiba untuk konsol permainan Sony PlayStation 4 dan Sony PlayStation 5 pada tahun 2022 kelak.

Leave a Reply