EA dan Respawn Entertainment minggu ini mengumumkan kejohanan seterusnya untuk Apex Legends Global Series musim sejuk akan bermula 15 Januari 2021 ini selepas sahaja musim luruh tamat pada 19 dan 20 Disember ini.

Seperti biasa, kejohanan ini akan menyertakan wang hadiah terkumpul yang sangat bernilai di mana kali ini ia menyertakan wang hadiah sebanyak $750,000(~RM3,038,000). Melalui kejohanan musim sejuk ini, ia akan berlangsung bermula 15 Januari ini sehingga 27 dan 28 Mac 2021 untuk pusingan akhir.

Bagi anda yang berminat dengan kejohanan ini akan di strim secara langsung di laman Twitch dan juga YouTube rasmi. Anda boleh layari laman rasmi kejohanan untuk maklumat lanjut.

Sohor Kini