Skip to main content

Scavengers Studio minggu ini ketika acara The Game Awards 2020 mengumumkan satu permainan baharu iaitu Season, di mana ia memfokuskan pengembaraan berbasikal di mana pemain akan mengembara di dalam dunia permainan tersebut untuk melawati pelbagai lokasi menarik dan bertemu dengan pelbagai jenis watak.

Berdasarkan kenyataan rasmi permainan tersebut, pemain akan berpeluang untuk menerokai kawasan yang sangat luas disamping mengumpul pelbagai barangan dengan menangkap gambar, bertemu budaya lain dan sebagainya.

Semestinya Season kelihatan satu permainan yang sangat menarik buat mereka yang sudah penat dengan elemen pertempuran dan beraksi di mana permainan ini kelihatan sangat tenang. Bagi anda yang berminat, anda boleh menonton video acah di bawah.

Dari segi tarikh pelancaran, ia masih belum diumumkan dan ia disahkan akan tiba di konsol PlayStation 5 dan PC melalui Steam.

Leave a Reply