Skip to main content

Ketika acara The Game Awards 2020 semalam, Playwing mengumumkan satu permainan baharu iaitu Century: Age Of Ashes di mana ia akan tiba di PC sekitar Februari 2021 ini.

Menurut pembangun, permainan tersebut akan mempunyai akses beta tertutup di mana pendaftaran dan informasi lanjut boleh di baca melalui laman rasmi permainan ini.

Menurut pembangun, Century: Age Of Ashes merupakan permainan multi-pemain yang akan dilancarkan secara percuma di mana ia memfokuskan pemain untuk bertempur sesama sendiri di udara dengan menunggang naga. Permainan ini juga akan menyertakan beberapa kelas watak dan juga pengubah-suaian watak yang pemain boleh lakukan.

Semestinya ia mengingatkan kami akan siri Drakengard dan dengan elemen pertempuran di udara, ia semestinya berasa seolah satu permainan Ace Combat namun dengan bentuk fantasi dengan naga-naga.

Kami akan melaporkan informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.

Leave a Reply