Ketika acara The Game Awards 2020, Team 17 juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi kandungan baharu buat permainan Overcoooked! All You Can Eat di konsol PlayStation 5 dan Xbox Series iaitu watak Swedish Chef daripada siri The Muppets.
Menurut Team 17, watak DLC tersebut boleh didapatkan secara percuma dalam masa terhad. Namun seperti watak-watak lain di dalam permainan tersebut, ia tidaklah menyertakan sebarang perubahan permainan dan hanyalah sekadar rekaan kosmetik watak pemain sahaja.
Overcooked! All You Can Eat telah pun dilancarkan di PlayStation 5 dan Xbox Series di mana ia menyertakan beberapa pernaik-tarafan visual berbanding versi asalnya dan menyertakan dua permainan Overcooked! sebelum ini dalam satu pek permainan yang sama.