Kemaskini: Fall Guys musim ketiga kini bermula secara rasmi. Anda boleh tonton video pelancaran di bawah.


Ketika acara The Game Awards 2020, Mediatonic dan Devolver Digital mengumumkan kandungan musim ketiga untuk permainan Fall Guys: Ultimate Knockout akan bermula 15 Disember 2020 ini di mana ia akan bertemakan cabaran dan pentas permainan musim salji.

https://www.youtube.com/watch?v=LL1x_04Yefw&feature=emb_title

Menurut kenyataan di video di atas, musim ketiga Winter Knockout ini akan menyertakan 7 pusingan baharu dan pelbagai kostum-kostum bertemakan musim salji yang anda boleh dapatkan seperti kostum Orang Salji, penguin dan sebagainya.

Fall Guys sudah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini.

Sohor Kini