Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Kratos dari siri God Of War kini tiba di dalam permainan Fortnite sebagai kostum yang pemain boleh gunakan di dalam permainan tersebut.

Kini ketika acara The Game Awards, Epic Games mengumumkan tiga lagi kostum daripada siri lain akan tiba iaitu Master Chief dari Halo dan juga watak Dryl Dixon dan Michonne daripada siri The Walking Dead.

Bagi kostum Master Chief, ia boleh dibeli bermula hari ini manakala kostum Daryl Dixon dan Michonne bermula 16 Disember 2020 ini. Menariknya bagi anda yang bermain Fortnite di konsol Xbox Series, Epic Games juga akan menawarkan kostum Master Chief dengan warna berlainan.

Selain itu, bagi anda yang mengikuti siri sketsa Red vs Blue beberapa tahun lepas melalui permainan Halo, Epic Games juga mengumumkan peta Blood Gulch dari permainan Halo: Combat Evolved turut akan tiba di dalam permainan Fortnite melalui mod Creative.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android.

Sohor Kini