Skip to main content

Selepas tertiris semalam, Epic Games akhirnya mengumumkan secara rasmi kostum Kratos kini boleh didapati di dalam Fortnite. Ia boleh dibeli secara terus melalui kedai di dalam permainan.

Anda boleh dapatkan kostum sahaja ataupun satu berkas bersama dengan set Oathbreaker yang menyertakan Guardian Shield Glider, kepala Mimir untuk Back Bling dan Leviathan Axe. Tambahan kepada itu, jika anda membeli set kostum ini dan memakainya semasa bermain di PlayStation 5, anda juga akan diberikan Armored Kratos Style secara percuma.

Ia ditawarkan dengan harga 2,200 V-Bucks untuk set penuh, 1500 V-Bucks untuk kostum Kratos sahaja, 1000 V-Bucks untuk kapak dan emote sahaja dan 800 V-Bucks untuk Guardian Shield. 2800 V-Bucks boleh dibeli dengan harga RM69 di PS Store atau $19.99.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android.

Leave a Reply