Skip to main content

Ketika acara The Game Awards 2020 sebentar tadi, Nintendo dan Square-Enix secara mengejut mengumumkan watak DLC seterusnya untuk permainan Super Smash Bros. Ultimate iaitu Sephiroth daripada permainan Final Fantasy VII.

Dengan tibanya Sephiroth, semestinya ia akan membawa musuh utama untuk watak sedia ada di dalam permainan tersebut iaitu Cloud. Bagi anda yang ingin menonton video penuh pengumuman tersebut, anda boleh tonton di bawah.

Menurut Nintendo, Sephiroth akan tiba di permainan tersebut sekitar bulan ini dan beliau merupakan watak ketiga untuk Fighter Pass Vol. 2 yang diumumkan sebelum ini selepas Steve dari Minecraft.

Super Smash Bros. Ultimate sudah dikeluarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch.

Leave a Reply