Nintendo hari ini telah menerima melancarkan kemaskini 9.0.0 untuk Super Smash Bros Ultimate yang antaranya menyertakan watak DLC baharu iaitu Steve dari Minecraft. Ia boleh digunakan jika anda membeli pek DLC Fighters Pass Vol. 2 ataupun dengan membeli secara berasingan.
Selain itu, ia juga akan menyertakan spirit baharu di mana memfokuskan kepada watak-watak daripada Minecraft. Mereka juga melakukan kemaskini keseimbangan watak antaranya adalah Link dan Pikachu kini menjadi lebih mudah untuk melakukan serangan yang berterusan. Senarai penuh perubahan boleh dibaca melalui pautan ini.
Super Smash Bros. Ultimate sudah dikeluarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch.