Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa terdapat kemungkinan besar bahawa Microsoft akan mula menawarkan perkhidmatan penstriman permainan video mereka, xCloud pada platform iOS melalui pelayar web.

Hari ini, Microsoft telah mengesahkan bahawa berita tersebut adalah benar, dan ia akan mula ditawarkan pada platform tersebut sekitar musim bunga, ataupun suku kedua tahun 2021 kelak.

Microsoft berkata didalam blog mereka bahawa perkhidmatan penstriman xCloud ini akan dikembangkan ke iOS melalui pelayar web dan sistem operasi Microsoft Windows 10 sekitar waktu yang sama.

Perkhidmatan penstriman xCloud ini akan tiba bersama-sama dengan pelan langganan Xbox Game Pass Ultimate. Untuk pengguna PC, ia boleh diakses melalui aplikasi Xbox, manakala untuk peranti iOS, seperti yang dikatakan sebelum ini akan boleh diakses melalui pelayar web.

Bagi mereka yang melanggan pas Xbox Game Pass Ultimate, ini mungkin berita yang ditunggu-tunggu, khususnya jika anda seorang yang selalu bermain permainan video di luar rumah.

Sohor Kini