Double Eleven dan Facepunch Studios minggu ini mengumumkan yang mana permainan simulasi pertahanan hidup Rust untuk konsol PlayStation 4 dan Xbox One yang diumumkan sebelum ini akan ditunda sehingga tahun hadapan.

Menurut kenyataan rasmi Double Eleven, seperti kebanyakan studio-studio lain, punca utama penundaan ini adalah disebabkan pandemik yang berlaku sekarang ini di mana pembangun-pembangun mereka memerlukan masa yang lebih untuk tingkatkan kualiti permainan tersebut atas sebab ramai daripada mereka bekerja dari rumah.

Bagi anda yang pernah bermain Rust sebelum ini di PC melalui Steam, ia merupakan permainan simulasi pertahan hidup di mana ia pemain di dalam satu pulau yang luas di dunia pasca-apokaliptik dan pemain perlu mencari makanan, senjata dan sebagainya untuk meneruskan hidup permainan tersebut.

Kami akan mengemaskini setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini