Skip to main content

Rust sememangnya salah satu permainan pertahanan hidup dunia terbuka kesukaan saya sendiri di mana permainan bukan sahaja sangat mencabar, malah konsep dan bentuk multi-pemainnya membuatkan kenapa permainan ini sangat menarik sekali untuk dimainkan secara berseorangan ataupun bersama-sama rakan.

Terkini ketika acara X019 yang berlangsung awal pagi tadi, Double Eleven dan Facepunch Studios mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan Xbox One sekitar tahun hadapan. Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di PC melalui Steam.

Rust meletakkan pemain di dalam satu pulau yang luas di dunia pasca-apokaliptik dan pemain perlu mencari makanan, senjata dan sebagainya untuk meneruskan hidup permainan tersebut.

Menariknya permainan ini mempunyai kebebasan untuk pemain mengembara dan pemain berupaya untuk melakukan pelbagai cara untuk pastikan pemain hidup dengan menipu pemain lain ataupun bekerjasama bersama mereka. Selain itu, permainan ini juga menyertakan pelbagai elemen pembinaan dan pelbagai jenis senjata dari batu sehinggalah senjata api seperti senapang dan sebagainya.

Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini informasi lain setelah ia diumumkan secara rasmi kelak.

Leave a Reply