Jika anda pernah bermain permainan Street Fighter EX bertahun-tahun lepas ataupun permainan perlawanan Fighting EX Layer, anda pasti mengetahui berkenaan watak kesukaan ramai iaitu Skullomania.
Terkini, bersempena acara kolaborasi khas bersama Capcom dan ARIKA, mereka mengumumkan kostum buat watak G bertemakan watak Skullomania akan tiba di permainan Street Fighter V: Champion Edition.
Menurut Capcom, acara tersebut akan bermula secara rasmi bermula hari ini sehingga 23 Disember 2020 di mana anda boleh dapatkan kostum tersebut dengan bermain mod Skullomania Extra Battle di dalam permainan tersebut.
Street Fighter V telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan PC di mana sebelum ini juga kami telah mengulaskan edisi Champion Edition di mana ia merupakan edisi lengkap buat permainan tersebut.