Seperti yang semua sedia maklum, PKPB dan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat/Diperketatkan) telah pun tamat. Ini menimbulkan persoalan, bilakah kaki wayang boleh kembali ke menonton filem di pawagam?

Terkini, GSC telah mengumumkan yang mereka akan kembali beroperasi pada 16 Disember ini. Tetapi, tidak seperti sebelum ini yang mana semua lokasi pawagam akan dibuka. GSC hanya akan beroperasi di 9 lokasi sahaja. Antara cawangan yang bakal beroperasi adalah GSC Alamanda di Putrajaya, GSC Gurney Plaza di Pulau Pinang, GSC Aman Central di Kedah dan enam lagi lokasi lain. Senarai lengkap lokasi boleh anda rujuk dari imej di bawah.

Walaupun panggung wayang ini sudah mula beroperasi, mereka yang ingin muka menonton wayang pada 16 Disember ini masih perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Antaranya adalah duduk jarak jauh dan tidak boleh sebelah-menyebelah, sentiasa mencuci tangan atau menggunakan pensanitasi tangan dan lain-lain lagi.

Pembukaan panggung wayang ini adalah tepat pada masanya dengan tarikh tayangan Wonder Woman 1984 yang dijadualkan untuk ditayangkan pada 17 Disember ini. Berdasarkan ciapan GSC, pawagam di 9 lokasi ini akan mula beroperasi pada 6 petang. Jadi tidak pasti sama ada, adakah filem Wonder Woman 1984 sudah boleh ditonton seawal 16 Disember ini.

Sohor Kini