Charlie Brooker adalah pencipta bagi filem dan siri TV Black Mirror. Black Mirror merupakan satu siri antologi, yang mana mempunyai lima musim dan setiap musim mempunyai episod yang berbeza dan tiada kaitan rapat. Tetapi bagi menjadikan Black Mirror ini seakan satu dunia, kadangkala dalam sesuatu episod akan ada klu atau petanda mengenai episod sebelumnya.

Black Mirror: Bandersnatch pula adalah filem eksklusif Netflix, yang mana adalah filem interaktif yang penonton sendiri kawal jalan cerita. Terkini, Charlie Brooker dilihat bekerjsama sekali lagi dengan Netflix untuk filem “Death To 2020”.

Deatch To 2020 adalah sejenis Mockumentary, atau dokumentari parodi. Judul sahaja sudah boleh agak apa yang akan berlaku dalam filem ini. Tahun 2020 adalah tahun yang banyak peristiwa buruk berlaku. Antara yang utama adalah Covid-19, perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat, kematian Kobe Bryant dan banyak lagi.

Hugh Grant dilaporkan akan menjadi watak utama. Beliau akan menjadi pakar sejarah yang sedang ditemu ramah bagi menjawab persoalan mengenai apa yang berlaku pada tahun 2020. Filem ini ramai yang jangkakan yang Charlie akan cuba menjadikan filem ini berkait dengan Black Mirror.

Buat masa ini masih tiada tarikh siaran lagi. Apa yang pasti ia akan tiba ke Netflix tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini