Motion Twin minggu ini mengumumkan yang mana permainan Dead Cells telah terjual sebanyak 3.5 juta salinan, iaitu 500,000 salinan tambahan sejak Julai lepas.

Pada masa yang sama, mereka juga mengumumkan DLC Fatal Falls akan dilancarkan sekitar suku pertama tahun hadapan di mana ia akan menyertakan dua lokasi baharu dan satu ketua musuh baharu. Pada masa yang sama, DLC tersebut juga akan menyertakan pelbagai musuh dan senjata yang pemain boleh gunakan.

Dead Cells telah pun dilancarkan di PC melalui Steam dan juga di konsol PlayStation 4, Xbox One dan Switch. Versi permua juga dilancarkan sebelum ini di iOS dan Android.

Sohor Kini