Skip to main content

Motion Twin hari ini mengumumkan yang mana permainan Dead Cells yang dilancarkan beberapa tahun lepas kini telah terjual melebihi 3 juta salinan.

Bersempena dengan itu, mereka juga hari ini melancarkan kemaskini baharu buat permainan tersebut yang mengubah beberapa bentuk permainan dan menyertakan pelbagai kandungan baharu.

Bagi anda yang ingin melihat keseluruhan kemaskini tersebut, anda boleh ke laman rasmi permainan ini. Menurut Motion Twin, kemaskini ini akan tiba di PC melalui Steam dahulu dan versi konsol akan menerimanya kemudian.

Dead Cells telah pun dilancarkan di PC melalui Steam dan juga di konsol PlayStation 4, Xbox One dan Switch. Sebelum ini, Motion Twin juga melancarkan versi permua di iOS dan baru-baru ini di Android.

Leave a Reply