Fortnite musim ke-5 telah-pun bermula dan mereka menjadikan “pemburu” sebagai tema untuk kostum. Antara yang diumumkan sebelum ini adalah The Mandalorian.

Akaun Twitter PlayStation mengacah sesuatu untuk Fortnite di mana ia memainkan audio yang mengatakan satu watak yang telah membunuh beberapa ‘tuhan’ akan tiba di Fortnite. Seperti kita sedia maklum, God of War adalah permainan yang memerlukan Kratos untuk melawan dengan pelbagai tuhan.

Seorang pengguna Twitter iaitu Hyperx yang banyak berkongsi maklumat tertiris untuk Fortnite telah berkongsi gambar promosi yang memperlihatkan kostum Kratos untuk Fortnite. Kratos yang juga boleh dikatakan sebagai seorang pemburu bersesuaian dengan tema untuk musim ke-5.

Buat masa ini tidak disahkan lagi tarikh kostum ini akan tiba, ataupun sama ada ia hanya boleh didapati melalui PlayStation sahaja ataupun juga ditawarkan di platform-platform lain.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android.

Leave a Reply