Skip to main content

Genshin Impact adalah permua RPG dunia terbuka terbaru. Ia mempunyai saiz pemasangan yang besar, grafik yang cantik dan turut boleh dijadikan sebagai penanda aras sama ada sesebuah peranti boleh atau tidak menjalankan permua ini. Walaupun ia masih lagi baru, Google telah menobatkan permua ini sebagai permua terbaik dalam anugerah Best of 2020.

Untuk permua pilihan pengguna pula, majoriti pengguna telah memilih SpongeBob: Krusty Cook-Off sebagai pemenang. Permua ini adalah permainan masak-masak dengan tema SpongeBob. Ia lebih kepada pengembaraan untuk menjadi tukang masak terbaik dan juga memlpunyai restoran terbaik. Sama seperti Dinsey+ tadi, kesemua permua ini adalah undian dari pengguna Amerika Syarikat.

Leave a Reply