Rasmi: Mads Mikkelsen Menggantikan Johny Depp Sebagai Grindelwald

Fantastic Beast adalah siri filem prekuel Harry Potter yang mana berasaskan buku teks dalam filem Harry Potter. Filem ini memfokuskan kepada watak Newt Scamander, iaitu penulis buku ini. Ia sedikit berbeza dengan francais filem Harry Potter yang diadaptasi dari novel yang ditulis oleh J.K. Rowling.

Seni dari @bosslogic

Beberapa minggu lepas, Johny Depp telah dilaporkan diminta oleh Warner Bros. untuk tarik diri dari filem ketiga Fantastic Beast. Beliau terpaksa menarik diri disebabkan kes mahkahmah bersama isteri beliau Amber Heard. Beberapa hari selepas berita ini, Mads Mikkelsen telah dilaporkan dalam perbincangan untuk menggantikan Johny Depp sebagai Grindelwald. Terkini, secara rasminya Mads Mikkelsen disahkan akan menggantikan Johny Depp.

Buat masa ini masih tiada informasi lagi bagaimana Mads akan diperkenalkan dalam filem ini. Johny Depp sudah pun dalam proses penggambaran ketika diminta untuk tarik diri. Disebabkan Grindelwald adalah ahli sihir dan pernah menyamar menggunakan Graves, iaitu lakonan Colin Farrell – adakah Warner Bros, menggunakan konsep ini untuk mendedahkan watak Mads? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini