Beberapa permainan popular telah menghadapi masalah pepijat – seringkali ketika hari pelancaran. Terbaru, permainan Coll of Duty : Black Ops Cold War turut menghadapi masalah pepijat yang serius – dimana ia mematikan alat kawalan PlayStation dimatikan secara rawak.

Ramai melaporkan, masalah ini dihadapi ketika sedang memainkan salah satu misi dalam permainan berkenaan. Peliknya, alat kawalan DualShock 4 dimatikan dan tidak boleh dihidupkan kembali.

Satu sahaja kaedah yang dilihat boleh digunakan untuk menghidupkan kembali alat kawalan DualShock 4 berkenaan – iaitu dengan memulakan semula konsol PlayStation 4.

Buat masa ini, ia dilihat masalah ini dihadapi apabila permainan ini dimainkan secara nirwayar melalui sambungan Bluetooth. Tiada masalah pepijat yang dilaporkan dimainkan apabila menghubungkan DualShock 4 ke konsol melalui wayar USB.

Leave a Reply