Skip to main content

Microsoft baru-baru ini akhirnya melancarkan perkhidmatan Xbox Game Pass for PC, ia merupakan perkhidmatan langganan yang memberikan beberapa permainan dengan satu bayaran bulanan.

Xbox Game Pass pada asalnya hanya terdapat untuk pengguna konsol Xbox One, perkhidmatan baharu ini adalah khas untuk pengguna yang turut ataupun hanya memiliki PC.

Melalui penulisan ini, saya akan kongsi-kan tips penggunaan perkhidmatan ini untuk memastikan anda dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin.

1. Langganan

Jika anda belum melanggannya, anda boleh lakukan melalui pautan – Xbox Game Pass for PC ataupun Xbox Game Pass Ultimate. Semasa penulisan ini, promosi untuk bayaran bulan pertama adalah $1 (~RM3.40) sahaja. Bulan-bulan berikutnya adalah $4.99(RM20) untuk PC atau $14.99(~RM62) untuk Ultimate. Ultimate akan memberikan Xbox Game Pass untuk PC dan juga Xbox termasuk langganan Xbox Live Gold. Jika anda tidak memiliki Xbox One, Xbox Game Pass for PC sudah memadai. Bagi yang menghadapi kesukaran untuk membayar, cara paling mudah adalah menggunakan PayPal akaun Amerika Syarikat (alamat).

2. Tetapan Region

Bagi mendapatkan permainan Xbox Games Pass for PC, anda perlu menetapkan tetapan Region di PC ataupun Laptop anda ke Amerika Syarikat. Anda boleh lakukannya dengan menaip Region di bahagian Start. Jika anda sering melakukan pembelian melalui Microsoft Store, selepas menukarnya, harga akan ditukar menjadi USD.

3. Memasang Aplikasi Xbox (Beta)

Selepas melanggan, anda boleh mendapatkan permainan melalui aplikasi Microsoft Store ataupun Xbox Console Companion akan tetapi untuk memudahkan pencarian permainan dan juga pemasangan, memasang aplikasi Xbox (Beta) adalah lebih baik. Anda boleh mencarinya di aplikasi Microsoft Store ataupun menggunakan pautan Xbox (Beta). Untuk memasangnya, anda perlu menggunakan Windows 10 versi terbaru, oleh disebabkan itu, ia mungkin akan meminta anda untuk mengemaskini Windows terlebih dahulu.

4. Menjadikan PC Anda Peranti Untuk Permainan Secara Luar Talian

Sebarang pembelian permainan melalui Microsoft Store akan memerlukan anda untuk mempunyai sambungan internet walaupun anda sudah memuat turun sesuatu permainan, termasuk juga untuk permainan Xbox Game Pass. Jika ingin bermain di tempat yang tidak mempunyai sambungan internet, anda perlu memberi kebenaran PC ataupun laptop anda untuk bermain secara luar talian. Hanya satu peranti sahaja pada satu masa dan anda hanya boleh menukar sebanyak tiga kali setahun. Anda boleh melakukannya, melalui tetapan yang terdapat di aplikasi yang dipasang (Tips #3).

5. Mengurus Langganan

Microsoft hanya menawarkan harga promosi $1 untuk bulan pertama sahaja, manakala Xbox Game Pass for PC adalah $4.99 semasa peringkat Beta sahaja, selepas itu ia akan mengikut harga seperti Xbox Game Pass untuk Xbox One iaitu $9.99. Oleh disebabkan itu, jika anda merancang untuk menghentikan langganan, pastikan anda melakukannya sebelum ia mengambil bayaran untuk bulan kedua. Anda boleh mengurus langganan anda menggunkaan laman Services & Subscriptions.


Dengan harga $1 untuk bulan pertama, dan $4.99 untuk bulan-bulan seterusnya sehingga Beta berakhir, Xbox Game Pass for PC adalah satu langganan yang sangat berbaloi. Terutama ia menyertakan pelbagai permainan daripada Microsoft seperi Forza dan Sea of Thieves. Ia juga menyediakan permainan baharu seperti Metro Exodus.

Bagaimana dengan anda? Adakah perkhidmatan ini berbaloi ataupun lebih baik tunggu permainan murah melalui jualan promosi?

Leave a Reply