TENET adalah filem yang ramai nanti-nantikan dan adalah antara filem Blockbuster yang membuatkan mereka berkurung di rumah berani keluarkan diri untuk menonton wayang. Filem ini adalah karya baru dari Christopher Nolan yang merupakan filem mind blowing. Ia membawakan pelakon seperti Robert Pattinson dan John David Washington. Filem ini berkisarkan mengenai perisik yang perlu mencari komponen penting senjata untuk melindungi dunia. Ia juga bermain dengan “masa” dengan konsep semua di dunia bergerak secara terbalik.
Filem ini tidak dinafikan agak baik. Walaupun bukan karya terbaik Christopher Nolan, ia masih menerima tindak balas positif. Filem ini juga mengalami kerugian. Terkini, Deadline melaporkan yang filem ini akan tiba ke platform penstriman digital. Tetapi, ia bukannya boleh distrim begitu sahaja. Ini kerana bagi yang berminat, filem ini perlu dibeli atau disewa. Ia akan tiba secara digital pada 15 Disember ini dengan pra-tempahan bermula 10 November.
Walau bagaimanapun, masih tidak pasti platform manakah ia akan tiba di Malaysia. Di Malaysia Amazon Prime, Apple TV dan Google Play Movie adalah antara platform yang boleh diakses. Harga pula adalah $19.99 iaitu sekitar RM83.
Versi digital yang berharga sekitar RM83 ini juga tidak diketahui sama ada akan ada atau tidak tambahan 1 jam untuk di sebalik tabir Looking at the World in a New Way: The Making of ‘Tenet’. Video di sebalik tabir ini akan disertakan dalam pembelian fizikal Blu-Ray atau pek kombo 4K UHD.


