Syarikat pawagam utama di Malaysia seperti GSC dan TGV telah mengumumkan yang mereka akan menutup kesemua cawangan mereka di Malaysia bermula pada 2 November sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Perkara tersebut dibuat selepas saranan oleh Malaysia Association of Film Exhibitors untuk menghentikan sementara aktiviti pawagam kerana keadaan industri filem yang masih tidak menentu.

Mereka juga mengatakan yang terdapat jumlah filem yang terhad untuk ditayangkan, dan kos membuka pawagam juga tinggi kerana mereka terpaksa mengikut pelbagai SOP bagi mengawal jangkitan Covid-19.

Ini ditambah lagi dengan mereka mungkin terpaksa menutup pawagam bila-bila masa sahaja, seperti yang berlaku sekarang akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di beberapa negeri. Ini akan memberi kesan kepada syarikat pawagam dan juga pemilik bangunan.

Namun, mereka menegaskan yang akan sentiasa melihat kepada keadaan dari semasa ke semasa, dan akan mengambil keputusan yang bersesuaian dengan keadaan tersebut.

Sohor Kini