Jika anda membesar dengan permainan-permainan komputer AAA pada awal tahun 2000, anda pastinya mengenali permainan Crysis. Pada waktu tersebut, ia boleh dikatakan unik untuk sebuah permainan FPS kerana kemampuan grafiknya yang sangat tinggi, tetapi juga corak permainan yang cukup menarik.
Crytek, pembangun Crysis baru-baru ini telah memperlihatkan jawatan kosong untuk para pembangun baru untuk membangunkan permainan MOBA mereka sendiri, yang dinamakan Crysis Next.
Menurut beberapa laporan mengenai permainan ini, Crysis Next ialah sebuah permainan dimana lebih seratus pemain boleh bermain sekaligus, dan ciri-ciri seperti kuasa nanosuit dalam permainan tersebut boleh digunakan untuk menambahbaik pengalaman permainan mereka.
Maklumat jawatan kosong tersebut tertiris melalui laman web Crytek sendiri, dan mereka juga nampaknya sedang mencari pembangun untuk beberapa permainan komputer yang lain seperti Crysis VR, Hunt Mobile, Ryse Next dan Robinson 2.