Melalui acara Nintendo Direct Mini yang baru sahaja berlangsung, Remedy Entertainment telah mengumumkan Control kini dikeluarkan untuk Switch, tetapi ia adalah versi Cloud ataupun ia akan dimainkan secara strim dan sentiasa memerlukan sambungan internet yang pantas.

https://www.youtube.com/watch?v=n31K86R7N2k

Jika anda ingin mencuba, ia boleh dimuat turun secara percuma melalui Nintendo eShop dan anda boleh bermain secara percuma buat masa terhad. Anda boleh mencuba mod peningkatan grafik ataupun mod peningkatan prestasi. Pembelian penuh berharga $40. Ia adalah versi Ultimate Edition yang akan menyertakan kesemua DLC.

Di pengumuman yang sama, IO Interactive turut mengumumkan permainan Hitman seterusnya oleh mereka iaitu Hitman III akan tiba dengan cara yang sama di Switch. Hitman 3 akan dikeluarkan pada tahun hadapan, tarikh untuk versi Switch buat masa ini tidak diumumkan lagi.

Kedua-dua permainan ini bukanlah yang pertama menerima versi Cloud di Switch, Resident Evil 7 juga dikeluarkan dengan versi yang sama.

Sohor Kini