Skip to main content

Bulan Ogos lepas Red Hood, Scarecrow dan Barbara Gordon dilaporkan akan muncul dalam siri TV DC Titans musim ketiga. Sudah semestinya, Jason Todd yang sebelum ini adalah Robin baharu selepas Dick Grayson akan menjadi Red Hood. Curan Walters adalah pelakon bagi watak ini. Baru-baru ini akaun Twitter rasmi DCTitans telah menciap rekaan rasmi bagi watak Red Hood.

Seperti Dick Grayson yang telah berubah dari Robin kepada Nightwing, begitu jugalah perkembangan watak bagi Jason Todd. Rekaan Red Hood ini masih mengekalkan elemen rekaan yang asli seperti topeng merah, jaket kulit, pakaian lain berwarna gelap dan pelbagai senjata. Red Hood lakonan Curran Walters ini juga merupakan penampilan pertama dalam sejarah Batman/DC untuk watak ini muncul dalam siri aksi nyata.

Sekali imbas juga, rekaan Red Hood ini adalah mirip dengan watak permainan video Batman: Arkham Knight.

Seperti biasa, disebabkan ini adalah siri TV aksi nyata – tidak semua asal-usul akan mengikut komik. Dalam siri TV ini, Jason Todd tidak akan dibunuh oleh Joker dan hidup kembali untuk menjadi Red Hood. Sebaliknya, hanyalah seorang pemuda yang benci akan pasukan Titans dan mempunyai obsesi untuk menjatuhkan mereka. Watak beliau juga dikatakan akan lebih dewasa dalam musim ketiga ini berbanding dengan perangai kebudak-budakan dalam musim sebelumnya.

Musim ketiga Titans masih tiada tarikh lagi. Musim pertama dan kedua sudah pun disiarkan di Netflix dan akan disiarkan di HBO Max pada 1 November. Memandangkan ia biasanya disiarkan di Amerika Syarikat di platform DC Universe terlebih dahulu, tidak terkejut kalau musim ketiga akan eksklusif di HBO Max sebelum ia disiarkan di Netflix.

Leave a Reply